Tuesday, June 22, 2021

Rekod baharu harga minyak sawit mentah, RM4,652 setan

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia telah mencecah RM4,652 setan semalam sekali gus ia merupakan harga tertinggi dalam sejarah industri sawit Malaysia. , kata Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

“Ini merupakan kali kesembilan kenaikan harga tertinggi dalam sejarah industri sawit direkodkan dalam tahun 2021 katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, malam tadi.

Menurutnya, harga tertinggi sebelum ini ialah RM4,548.50 setan yang direkodkan pada 5 Mei lalu.

Beliau turut menyenaraikan kenaikan harga MSM sejak 15 Mac lalu sebagaimana berikut:

RM4,247.50 (15 Mac 2021)

RM4,270.00 (9 April 2021)

RM4,306.50 (21 April 2021)

RM4,376.50 (22 April 2021)

RM4,428.50 (23 April 2021)

RM4,502.00 (3 Mei 2021)

RM4,525.50 (4 Mei 2021)

RM4,548.50 (5 Mei 2021)

RM4,652.00 (6 Mei 2021)

Menurut beliau lagi, harga awalan MSM hari ini adalah RM4,753 bagi satu tan.

Katanya, buat pertama kali dalam sejarah harga buah tandan segar sawit di ladang melebihi RM1,000 pertan metrik.

“Moga tersenyumlah para peneroka dan pekebun kecil di kampung,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus

Secara Rawak

Artikel Terbaru