Tuesday, June 22, 2021

Penagihan dadah dalam kalangan rakyat kian membimbangkan

Mesti baca

KUALA LUMPUR:  Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan gejala penagihan dadah dalam kalangan rakyat yang semakin membimbangkan kerana ianya turut sama memberikan kesan buruk kepada institusi kekeluargaan.

Jelasnya, semasa beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri pelbagai langkah yang dilakukan bagi menangani gejala ini.

“Antaranya kita perluaskan pendekatan agama dan kerohanian inabah dalam merawat penagih dadah di Pusat Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC).

“Mungkin ramai tidak pernah mendengar tentang kaedah ini, tetapi memang itu kerajaan Barisan Nasional (BN) lakukan semasa mentadbir negara.

“Inabah bermaksud kembali kepada Allah dengan melaksanakan ketaatan kepada-Nya serta menjauhi kemaksiatan kepada-Nya,” katanya menerusi  satu hantaran di Facebook.

Menurut Pengerusi BN itu kaedah inabah ini menjadi alternatif kepada cara konvensional bagi merawat penagih dadah termasuk pemberian metadon.

“Kita gabungkan inabah dengan pendekatan secara konvensional atau sainstifik bagi meningkatkan tahap keberkesanan pemulihan.

“Kaedah pemulihan rohaniah ini bukan hanya kepada yang beragama Islam, kita juga mempunyai individu beragama Hindu, Buddha dan Kristian dengan pendekatan agama masing-masing.

“Alhamdulillah sehingga penghujung tahun 2017 kaedah inabah dilaporkan berjaya menurunkan jumlah penagih sehingga 16 peratus,” kata beliau.

Ahmad Zahid juga turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kerana berjaya mengadaptasi kaedah inabah dengan cemerlang ketika itu.

“Apa-apa pun itu cerita semalam sebelum kerajaan BN tumbang angkara fitnah. Cerita baharu hanya mereka-mereka yang tahu,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru