Tuesday, June 22, 2021

Mayat lelaki ditemui di dalam sungai dekat pasar raya di Kuching

Mesti baca

KUCHING: Mayat seorang lelaki belum dikenali identiti ditemui di dalam sungai berhampiran sebuah pasar raya dekat Tabuan Jaya di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan operasi bomba Sarawak mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 11.50 pagi.

Menurut kenyataan itu, mayat tersebut telah diangkat ke tebing sungai oleh anggota operasi Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya sejurus tiba di lokasi kejadian.

Dedahnya identiti mengenai mangsa bagaimanapun masih belum dapat dipastikan.

“Mayat merupakan lelaki dewasa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru