Tuesday, June 22, 2021

Malaysia catat  dua rekod baharu

Mesti baca

KUCHING: Malaysia kini terus naik dari segi tangga dunia selari dengan peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Negara 33 juta jiwa itu kini berada di tangga ke-42 pada pagi Sabtu dengan 432,425 kes jangkitan keseluruhan sejak virus maut itu dikesan di negara ini pada Februari tahun lepas.

Manakala jumlah keseluruhan kematian pula ialah 1,632 kes.

Semalam Malaysia mencatatkan rekod baharu dari segi kes jangkitan dan kematian apabila 4,498 kes jangkitan direkodkan dan 22 kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Di negara Asean, Malaysia di belakang Indonesia dan Filipina, masing-masing  di tangga ke-18 dan ke-29.

Indonesia merekodkan 1.70 juta kes jangkitan dengan lebih 46,000 kes.

Filipina pula sudah mencatatkan 1.08 juta kes dengan lebih 18,000 kematian.

Secara Rawak

Artikel Terbaru