Tuesday, June 22, 2021

Jumlah mangsa terus melonjak: 157.53  juta sudah  dijangkiti, 3.28  juta   terkorban

Mesti baca

Angka jangkitan dan kematian terus naik. Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 17,530,729.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  lebih 3.28  juta manakala lebih 134.95 juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi  Sabtu menunjukkan  Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 33.41  juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 594,911  meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan.

Angka itu diikuti  India dengan lebih 21.88  juta kes  dan lebih 238,265  kematian.

Brazil pula  lebih 15  juta kes  jangkitan dengan  lebih 419,393   kematian, kedua tertinggi di dunia.

Perancis di tangga keempat sudah merekodkan angka 5.74  juta dari segi jangkitan dengan 106, 101 kematian.

Empat negara telah merekodkan lebih empat juta kes jangkitan, iaitu Turki, Rusia, UK dan Itali manakala tiga negara merekodkan lebih tiga juta kes jangkitan, iaitu Sepanyol, Jerman, dan Argentina.

Empat negara sudah menjangkau dua  juga kes —  Poland, Iran, Mexico dan Ukraine.

Dua belas lagi negara merekodkan lebih sejuta kes termasuk Indonesia dan Filipina.

Secara Rawak

Artikel Terbaru