Tuesday, June 22, 2021

Ajak anak muda daftar jadi Akar Umbi Pemacu Negara

Mesti baca

KUALA LUMPUR:  Pemuda Perikatan Nasional ingin mengajak seluruh rakyat khususnya anak muda Malaysia untuk bersama-sama menyertai dan mendaftarkan diri sebagai komuniti Akar Umbi Pemacu Negara (AkuPN). Yakin lah bahawa setiap di antara kita mempunyai peranan dan tanggungjawab yang signifikan demi masa depan kita semua.

Ketuanya Senator Khairil Nizam Khirudin berkata, menelusuri pengalaman lebih satu tahun berdepan pandemik ini, ekonomi negara berhadapan kerugian setiap hari tatkala pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pelbagai sekatan lain diadakan. Meskipun peratusan penggangguran yang berada pada tahap tertinggi sebanyak 5.3 peratus pada tahun lalu telah menurun, namun kita masih belum berada pada tahap selesa untuk menjamin kemampanan ekonomi.

Menginsafi perihal ini, jelas beliau,  Kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan  Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyuntik lebih RM340 bilion Pakej Ransangan Ekonomi melalui pelbagai bentuk inisiatif sosial demi membela kebajikan serta menjana pendapatan dan ekonomi rakyat.

“Dipandu strategi 6R bagi memulihkan ekonomi negara, Kerajaan Perikatan Nasional yang prihatin rakyat komited untuk memastikan martabat rakyat dan keutuhan negara dapat dipertahankan,’ kata beliau.

Mendepani cabaran ini,  ujarnya, Pemuda Perikatan Nasional sedar bahawa tugas dan peranan bukanlah tanggungjawab Kerajaan semata-mata. Bahkan, ianya adalah tanggungjawab sekalian rakyat khususnya anak muda sebagai akar umbi negara untuk merangkul potensi dan peluang bagi bersama-sama memacu pertumbuhan negara.

Katanya lagi, Pemuda Perikatan Nasional terpanggil untuk memainkan peranan sebagai pemudah cara yang menjembatani hubungan rakyat dan Kerajaan. Justeru, Pemuda Perikatan Nasional menampilkan Platform Akar Umbi Pemacu Negara (AkuPN) buat rakyat khususnya anak muda Malaysia melalui aplikasi ‘Cari Kerja’, ‘Skil’ dan ‘Sapot’ sebagai peneraju kepada usaha ini sekaligus memacu negara kembali ke landasan kegemilangannya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru