Tuesday, June 22, 2021

780 anggota polis di Sarawak terlibat dalam Ops Rentas mulai Isnin

Mesti baca

KUCHING: Seramai 780 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak akan terlibat dalam Op Rentas di seluruh daerah bermula Isnin (10 Mei) hingga 16 Mei ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu menegaskan operasi tersebut dilakukan selain memberi penekanan terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19.

“Petugas trafik akan diatur gerak di lapangan bagi membuat pemantauan dan pengawalan lalu lintas dengan konsep ‘Total Enforcement’, ‘Show of Force’, Perkhidmatan dan Advokasi kepada masyarakat.

“Selain itu Sekatan Jalan Raya (SJR) juga akan dilakukan, bagi memastikan tiada individu yang merentas negeri dan merentas zon tanpa permit polis atau tanpa sebab yang dibenarkan berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru