Tuesday, June 22, 2021

Covid-19 meledak di Malaysia, Sarawak catat 750 kes

Mesti baca

KUCHING: Sarawak hari ini terus mencatatkan jumlah kes tinggi apabila 750 kes jangkitan Covid-19  berlaku dalam tempoh 24 jam lalu  berbanding 391 semalam, sekali gus meletakkannya nombor dua, di belakang Selangor.

Ini berlaku di sebalik peningkatan kes di seluruh negara apabila merekodkan , 4,498 kes hari ini berbanding 3,551 kes semalam.

Jumlah kematian ialah 22, tertinggi setakat ini di negara ini.

Dengan jumlah terbaharu itu, Sarawak sudah menyaksikan  34,227 kes sejak virus maut itu mulai dikesan di negeri ini awal 2020.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Selangor merekodkan 1,424 kes.

Wilahay Persekutuiian 436, Johor  (327), Pulau Pinang (313), Kelantan (297), Kedah (209), Negeri Sembilan (188), Sabah (153), Perak (148), Terengganu (87), Pahang (78), WP Putrajaya (8), Perlis (4), dan WP Labuan (2).

Dalam tempoh sejak 23 April lalu, jumlah kes berada di atas 2.500 ke. Tujuh hari berkenaan meleb ihi 2,500 kes manakala  tujuh hari lagi melebihi 3,000 kes.

Jumlah kes tertinggi adalah pada 30 April dengan 3,788 kes. Hari ini pertama kali Malaysia merekodkan lebih 4,000 kes.

Secara Rawak

Artikel Terbaru