Wednesday, September 22, 2021

Teguran bekas IGP perlu didengar secara terbuka

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Teguran bekas Ketua Polis Negara (KPN)  Tan Sri Abdul Hamid Bador beberapa hari sebelum beliau bersara, perlu didengar secara terbuka oleh semua pihak. Sekiranya teguran itu demi kebaikan negara walaupun pedas, perlulah dipertimbangkan.

Menurut  AJK Piusat Pas Dr Mohd Zuhdi Marsuki, sekiranya teguran itu demi kebaikan negara walaupun pedas, perlulah dipertimbangkan.

“Sebenarnya kandungan teguran bekas KPN tersebut selari dengan apa yang diperjuangkan oleh Pas,” katanya dalam satu kenyataan..

Dalam sidang medianya pada Jumaat lalu,  Hamid berkata terdapat campur tangan menteri dalam urusan pemindahan dan kenbaikan pangkat pegawai kanan polis.

“Teguran bekas KPN ini saya lihat menekankan mengenai Profesionalisme dalam cabang eksekutif, mengelakkan berlaku politiking dalam tadbir urus, sistem pengasingan kuasa dan salah guna jentera kerajaan untuk tujuan politik kepartian. Meskipun pahit bagi kita menerimanya, tetapi ia selari dengan apa yang diperjuangkan Pas selama ini,”  katanya.

“Bagaimanapun, saya melihat apa yang disuarakan oleh Bekas KPN itu memerlukan satu usaha yang mesti diterima secara sepakat oleh parti-parti dalam kerajaan dan pembangkang. Ia melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 140, yang sememangnya memperuntukkan Menteri Dalam Negeri mengetuai Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP),” katanya lagi.

“Saya meragui parti-parti dalam PH mempunyai kesungguhan politik untuk meminda Perkara 140, Perlembagaan Persekutuan, kerana sepanjang 22 bulan mereka memerintah, sedetikpun mereka tidak bercakap mengenai keperluan meminda perkara tersebut. Jika mereka boleh meyakinkan pembangkang ketika itu untuk meminda Perlembagaan Persekutuan mengenai had umur mengundi 18 tahun, mengapa berkaitan SPP tidak boleh diusahakan,’ tegasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru