Tuesday, June 22, 2021

Suami isteri hilang ditemui di dalam hutan jam 11.33 malam

Mesti baca

BINTANGOR: Sepasang suami isteri yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk mencari rotan dijumpai selamat.

Achang  Unja, 58 dan isterinya,Klang Entalai, 74, dari Rumah Selat, Sungai Janting ditemui pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) pada 11.33 malam, pada jarak 4.5 kilometer (km) dari lokasi mangsa didapati hilang.

Ketua Balai dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata,  mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya mengalami kekejangan pada bahagian kaki selain lemah akibat berjalan dan kesejukan.

“Operasi SAR dilancar selepas Bomba menerima panggilan kecemasan pada 7.18 malam.

“Kita yakin kedua-dua berada tidak jauh dari pasukan SAR selepas berjaya menghubungi mereka sebelum operasi bermula,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata,  teknik pencarian hanya melalui jalan denai yang biasa dilalui oleh mangsa.

Selain Bomba, operasi itu turut dibantu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan lapan penduduk rumah panjang.

Secara Rawak

Artikel Terbaru