Friday, July 30, 2021

Siapa penggerak ekonomi digital Sarawak?

Mesti baca

PENGURUS Besar Centexs Commercial, Mohamad Shahren Mohamad Yusri (foto) berkata, inisiatif ekonomi digital ini mampu membawa Sarawak ke persada membanggakan di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, usaha perlu dipertingkatkan menggalak rakyat Sarawak mengambil bahagian memperkasa ekonomi digital.

Shahren berkata, kewujudan Centexs sendiri bukan sekadar sebagai pusat latihan teknikal, malah pada masa yang sama, organisasi tersebut turut mewujudkan ekosistem digital.

Sedekad lagi, beliau pasti Sarawak mampu memiliki prasarana lengkap dengan segala kemudahan teknologi digital.

Kewujudan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Centre Of Technical Excellence Sarawak (Centexs) membawa Sarawak menuju masa depan ekonomi digital yang cerah.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, kewujudan dua agensi di bawah Kerajaan Sarawak itu menjadi pemangkin utama pembangunan digital negeri ini.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 06 Mei 2021

Secara Rawak

Artikel Terbaru