Wednesday, September 22, 2021

Selesaikan Undi 18 dengan segera

Mesti baca

ASAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diharapkan dapat menyelesaikan perkara berhubung pendaftaran pengundi berusia 18 tahun ke atas secepat mungkin, kata Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Belia dan Sukan itu turut beliau mengalu-alukan keputusan yang ditentukan di Parlimen berhubung Undi 18.

Abdul Karim juga berharap proses berkaitan pendaftaran Undi 18 dapat dilaksanakan tahun ini. “Sama ada ia dapat dilakukan untuk Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12), ia terpulang.

“Kalau tidak dapat pun, harapan kita ia dapat dilaksanakan untuk PRU-15 yang kita tahu tamat tempoh pada tahun 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Saberkas Prihatin Cawangan Asajaya serta Program Penyerahan Bantuan Hari Raya Daerah Asajaya di Masjid Darul Rahmah, Kampung Lot Tambirat di sini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru