Tuesday, May 11, 2021

Telefon meletup di dalam beg

Mesti baca

BEIJING: Sebuah video menunjukkan insiden telefon bimbit meletup di dalam beg pemiliknya mengejutkan netizen di China.

Video berdurasi 51 saat itu dikongsi South China Morning Post menunjukkan lelaki berjalan bersama-sama teman wanitanya di jalan penuh sesak dengan orang ramai apabila telefon diletaknya di dalam begnya tiba-tiba terbakar dan meletup.

Lelaki itu bertindak pantas mencampak beg tersebut ke tanah dan bergerak beberapa langkah ke belakang.

Dia bagaimanapun mengalami sedikit kecederaan akibat letupan tersebut.

Rambut, tangan dan alis matanya terbakar akibat insiden itu, lapor akhbar itu lagi.

Lelaki itu memberitahu telefonnya jenama Samsung yang dibelinya pada 2016.

Menurutnya lagi telefon itu mengalami sedikit kerosakan pada baterinya, namun ketika kejadian, telefonnya tidak dicaj.

Secara Rawak

Artikel Terbaru