Tuesday, May 11, 2021

Sumbangan petugas barisan hadapan dihargai

Mesti baca

KUCHING: Sambutan Aidilfitri tahun ini pasti berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya berikutan penularan pandemik Covid-19.

Namun bagi penduduk di Kampung Kudei, ia tidak menghalang mereka daripada membuat persiapan perayaan yang ditunggu-tunggu seluruh umat Islam di dunia ini.

Menurut Abdul Ieddy, 40, Projek Cahaya Pelita Kampung Kudei merupakan inisiatif golongan belia kampung merangkumi Kampung Kudei Tengah, Kampung Kudei Lama dan Kampung Kudei Baharu yang dimulakan sejak awal Ramadan lalu.

Katanya, tujuan utama pelaksanaan projek tersebut untuk menghargai sumbangan dan pengorbanan semua petugas barisan hadapan di Sarawak sekali gus menambahkan lagi seri kemeriahan sambutan Aidilfitri.

“Tradisi memasang pelita sempena Hari Raya juga dapat menonjolkan semangat golongan muda menghidupkan amalan tradisi warisan berzaman tersebut.

“Kami kebanyakannya menggunakan barangan terpakai untuk menghiasi pintu gerbang dan bekerjasama menjayakan projek tersebut.

“Masing-masing ditugaskan untuk mencari buluh, membeli barangan menggunakan sumbangan yang dikumpul oleh belia-belia yang terlibat serta proses pengawasan pelita yang sudah bermula sejak Khamis lalu,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Projek Cahaya Pelita Kampung Kudei turut menzahirkan rasa bangga terhadap semangat anak muda kampung terbabit yang cekal mempertahankan tradisi memasang pelita meskipun dalam situasi pandemik Covid-19.

Secara Rawak

Artikel Terbaru