Tuesday, May 11, 2021

Perkahwinan batal gara-gara calon suami gagal ujian matematik

Mesti baca

MAHOBA: Gara-gara gagal dalam ujian yang diadakan selang beberapa langkah sebelum bergelar suami, bakal pengantin terpaksa gigit jari dan pulang dengan rasa penuh kecewa selepas perkahwinannya dibatalkan sendiri oleh bakal isterinya.

Pengantin lelaki tersebut yang lengkap berpakaian pengantin siap sedia berkahwin, namun bakal isteri mengujinya pada saat akhir kerana ragu-ragu dengan tahap pendidikan bakal suaminya.

Dia kemudian memberinya dua nombor dan meminta lelaki itu mendarabnya. Malangnya lelaki itu gagal dalam ujiannya.

Beberapa ketika sebelum acara pernikahan bakal dimulakan, pengantin perempuan berjalan keluar dari kanopi dan memberitahu anggota keluarga dan tetamu, dia tidak mahu meneruskan perkahwinan itu kerana dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang tidak tahu maklumat asas matematik.

Wanita itu tetap enggan mengubah fikirannya biarpun dipujuk ibu bapa dan kawan-kawan rapatnya.

Menurut laporan Okenews, kedua-dua keluarga bersetuju mengembalikan semua wang hantaran dan hadiah perkahwinan kepada keluarga masing-masing.

Secara Rawak

Artikel Terbaru