Tuesday, May 11, 2021

Pengantin kahwin guna sut PPE

Mesti baca

RATLAM: Sepasang pengantin berkahwin menggunakan sut PPE selepas pengantin lelaki disahkan positif Covid-19.

Biarpun India ketika ini berada dalam gelombang kedua pandemik dan situasi di situ amat kritikal, namun penduduk negara itu tidak membiarkannya menghalang rancangan pra-Covid mereka.

Salah satu contohnya sepasang pengantin sanggup mengenakan sut PPE semasa bersanding gara-gara pengantin lelaki disahkan positif Covid-19, lapor agensi media ANI.

Video yang kini tular di media sosial menunjukkan pengantin lelaki dan perempuan dan tiga tetamu lain memakai sut PPE pada majlis persandingan mereka di Ratlam.

Secara Rawak

Artikel Terbaru