Tuesday, May 11, 2021

Pengagihan bubur Lambuk, kurma di Kampung Sungai Ladong

Mesti baca

SEBUYAU: Sebanyak 285 bungkusan bubur lambuk bersama sekotak kurma telah diagihkan kepada setiap ketua isi rumah di Kampung Sungai Ladong Hilir pada Selasa.

Pengagihan bubur lambuk dan sekotak kurma tersebut telah disampaikan oleh Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Simunjan, Asli Yahya yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi.

Program tersebut adalah untuk menyemarakkan aktiviti bersama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Sungai Ladong Hilir di samping membantu meringankan beban umat Islam di DUN Sebuyau berbuka puasa sempena Ramadan tahun ini.

Dalam pada itu juga, penduduk kampung menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Julaihi Narawi di atas sumbangan tersebut. 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru