Tuesday, May 11, 2021

Jangan ambil mudah: 154.97  juta sudah  dijangkiti, 3.24  juta  pula terkorban

Mesti baca

Angka jangkitan dan kematian terus naik. Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 154,973,048.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  lebih 3.24  juta manakala lebih 132  juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Rabu menunjukkan  Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 33.27  juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 592,409  tmeletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan.

Angka itu diikuti  India dengan lebih 20.65  juta kes  dan lebih 226,169 kematian.

Brazil pula  lebih 14.86  juta kes  jangkitan dengan  lebih 411,000  kematian, kedua tertinggi di dunia.

Perancis di tangga keempat sudah merekodkan angka 5.68 juta dari segi jangkitan dengan 105,387  kematian.

Empat negara telah merekodkan lebih empat juta kes jangkitan, iaitu Turki, Rusia, UK dan Itali manakala tiga negara merekodkan lebih tiga juta kes jangkitan, iaitu Sepanyol, Jerman, dan Argentina.

Secara Rawak

Artikel Terbaru