Tuesday, May 11, 2021

Belaga catat 56 jangkitan dalam 14 hari

Mesti baca

KUCHING: Daerah Belaga bertukar ke status merah daripada status jingga semalam, kata Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Jelasnya ia apabila daerah tersebut merekodkan 56 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah sebanyak 24 daerah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Manakala, Tatau kembali ke status jingga daripada status merah setelah merekodkan hanya 30 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus jingga sebanyak empat daerah.

Manakala 12 daerah kekal berstatus kuning dan tiada daerah berstatus hijau.

Secara Rawak

Artikel Terbaru