Tuesday, May 11, 2021

Sarawak nombor dua, di belakang Selangor

Mesti baca

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan peningkatan kes berbanding semalam dengan 620 kes jangkitan Covid-19 sekali gus meletakkannya di tangga kedua.

Dengan itu, jumlah keseluruhan kes di Sarawak setakat ini ialah 32,667.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah  melalui satu ciapan di Twitter berkata, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 675 kes.

Ini, katanya diikuti Kuala Lumpur (408), Johor (336), Kelantan (296), Pulau Pinang (167) dan Perak (117).

Kementerian Kesihatan  melaporkan  3,120  kes Covid-19 dalam tempoh  24 jam lalu.

Jelas Dr Noor Hisham Abdullah  jumlah keseluruhan kes jangkitan   ialah 420,632.

Secara Rawak

Artikel Terbaru