Tuesday, May 11, 2021

Kesemua 101 kru di pelantar minyak di Miri selamat

Mesti baca

MIRI: Seramai 101 kru yang berada di pelantar minyak NAGA 7 kini telah dilaporkan selamat.

ConocoPhillips Sarawak Ltd dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan kesemua kru terbabit telah dibawa ke Pusat Transit Luar Persisir (OTC) Miri bagi menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

“Kesemua kru telah selamat dipindahkan dari NAGA 7 serta dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Majoriti daripada kru dilaporkan telah pulang semula ke Miri dan cuma tinggal beberapa daripada mereka masih tinggal berhampiran lokasi untuk memberi respon terhadap insiden,” jelas kenyataan rasmi itu semalam.

Menerusi kenyataan itu, ConocoPhillips Sarawak Ltd turut mengesahkan pelantar minyak yang dikenali sebagai NAGA 7 telah tenggelam pada Isnin.

Dedahnya, insiden berlaku kira-kira jam 2.45 petang ketika pelantar terbabit berada pada blok Salam-3 pelabuhan berdekatan kawasan pesisir pantai Bintulu-Miri.

Ketika kejadian, tindakan pantas dengan mengerahkan agar seluruh penghuni yang berada berdekatan dengan kawasan NAGA 7 untuk segera dikosongkan.

“Pasukan Tindakan Kecemasan seterusnya digerakkan selain memberi makluman awal kejadian kepada angkatan penguat kuasa yang lain,” tambah kenyataan itu.

Tegas kenyataan tersebut pihaknya amat menekankan keutamaan mereka khususnya kru-kru terlibat serta keselamatan orang dan alam sekitar.

Terdahulu kejadian difahamkan bermula apabila pelantar minyak tersebut condong pada kedudukan 10 darjah di sisi pelabuhan sebelum tenggelam.

Secara Rawak

Artikel Terbaru