Tuesday, May 11, 2021

Jangan ambil mudah: 154.17  juta sudah  dijangkiti, 3.22  juta  pula terkorban

Mesti baca

Angka jangkitan dan kematian terus naik. Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 154,174,264.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  lebih 3.22  juta manakala lebih 131  juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Selasa menunjukkan  Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 33.23  juta   kes. Dalam 24 jam lalu terdapat hampir 40,000 lagi kes jangkitan baharu.

Jumlah kematian di negara itu ialah 591,514  termasuk 445 dalam tempoh 24 jam lalu sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti  India dengan lebih 20.27  juta kes  dan lebih 222,383 kematian termasuk 3,438 kematian terbaharu sekali gus tertinggi di dunia.

Brazil pula  lebih 14.79 juta kes  jangkitan dengan  lebih 408,000  kematian termasuk 1,054 kematian terbaharu, kedua tertinggi di dunia.

Perancis di tangga keempat sudah merekodkan angka 5.65 juta dari segi jangkitan dengan 105,130 kematian termasuk 311 kematian terbaharu.

Empat negara telah merekodkan lebih empat juta kes jangkitan, iaitu Turki, Rusia, UK dan Itali.

Secara Rawak

Artikel Terbaru