Tuesday, May 11, 2021

Bantuan Prihatin Rakyat dibayar mulai Jumaat ini

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini mengumumkan bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 akan diagihkan kepada 8.4 juta penerima bermula Jumaat ini  hingga Rabu minggu depan.

Menurut beliau, bayaran itu melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion.

“Fasa 2 BPR merangkumi 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang,” katanya dalam satu kenyataan.

“Peningkatan peruntukan adalah berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima,” katanya lagi.

Beliau berkata, jika dahulunya penerima daripada kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan.

Kata Tengku Zafrul, semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.

Secara Rawak

Artikel Terbaru