Tuesday, May 11, 2021

65 taska di zon merah di Sarawak dibenarkan beroperasi

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak 65 taska di seluruh Sarawak yang berada di zon merah dibenarkan beroperasi mulai esok (5 Mei) kerana mempunyai anak petugas barisan hadapan kata Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak itu berkata, pihaknya menerima 78 permohonan untuk beroperasi setakat 30 April lalu apabila 12 tidak diluluskan kerana tidak mempunyai anak petugas barisan hadapan manakala sebuah lagi tidak berdaftar.

“Daripada 65 Taska itu, satu di Bintulu, 11 di Kota Samarahan, lima di Miri, masing-masing dua di Mukah, Sarikei dan Sibu manakala selebihnya di Kuching.

“Seramai 187 anak-anak petugas barisan hadapan ditempatkan di 65 Taska terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai pembukaan Taska untuk anak petugas barisan hadapan di sini hari ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru