Saturday, May 8, 2021

Pusat Khidmat DUN Sebuyau agih bubur lambuk, kurma

Mesti baca

SEBUYAU: Sebanyak 110 bungkusan bubur lambuk dan buah kurma telah diagihkan oleh Pusat Khidmat DUN Sebuyau di Kampung Lutong, Sebangan pada Ahad.

Pengagihan tersebut telah disempurnakan oleh Abu Jamel yang mewakili Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi.

Aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk telah bermula pada pukul 11 pagi dan pengagihan bubur lambuk mula dilakukan pada pukul 2 petang kepada setiap ketua isi rumah di kampung berkenaan.

Sebanyak 95 bungkusan bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk kampung, manakala 15 bungkusan lagi diagihkan kepada 15 petugas di Klinik Kesihatan Sebangan.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru