Saturday, May 8, 2021

Permasalahan penjaja di Tamu Taman Tunku Miri dicari jalan penyelesian – Ripin

Mesti baca

MIRI: Mengambil inisiatif mencari jalan penyelesaian terbaik menang-menang di antara penjaja di Taman Tunku Miri dan Majlis Bandaraya Miri (MBM), satu perjumpaan khas telah diadakan membabitkan kedua-dua bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat.

Perjumpaan tersebut yang turut dihadiri Timbalan Datuk Bandar Miri Julaihi Mohamad, kaunselor-kaunselor MBM dan pihak berkaitan telah membincangkan permasalahan penjaja dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan menang-menang di antara penjaja dan MBM.

Sebelum ini telah tercetus satu insiden di mana MBM telah mengeluarkan empat notis kompaun kepada penjaja di kawasan Taman Tunku kerana berniaga tanpa permit yang sah.

Ripin sebelum ini telah mencadang dan membuat permohonan kepada Kerajaan Sarawak dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak bagi membina sebuah Pusat Penjaja Bersepadu di kawasan Taman Tunku untuk menempatkan gerai makanan dan peniaga kecil.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru