Tuesday, May 11, 2021

Angka di Sarawak jatuh di bawah 400 hari ini

Mesti baca

KUCHING: Untuk pertama kali dalam lebih seminggu  jumlah kes di Sarawak jatuh  ke angka di bawah 400 apabila negeri ini merekodkan 356 kes hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes 32,047.

Sejak 26 April lalu jumlah kes adalah antara 432 hingga 760 kes. Pada 26 April terdapat 615 kes, 27 April (432), 28 April  (416),  29 April (552), 30 April (760), 1 Mei (445) dan 2 Mei (587).

Selangor mencatatkan kes tertinggi  dengan 637 kes, diikuti  Kelantan (401), Johor (205), Kuala Lumpur (200) dan Pulau Pinang (194).

Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, jumlah kes harian ialah 2,500 kes dalam tempoh 24 jam lalu manakala jumlah kematian ialah 18 menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,551.

Melalui ciapannya, Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes jangkitan ialah 417,512.

Katanya, terdapat sembilan  kluster  baharu hari ini.

Terdapat 398 kluster aktif di negara ini ketika ini.

Jumlah kes mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (637)

Kelantan (401)

Sarawak (356)

Johor (205)

Kuala Lumpur (200)

Pulau Pinang (194)

Kedah (103)

Negeri Sembilan (97)

Malacca (95)

Perak (59)

Sabah (57)

Pahang (55)

Terengganu (38)

Putrajaya (3)

Labuan (0)

Perlis (0)

Secara Rawak

Artikel Terbaru