Tuesday, May 11, 2021

92, 292 di Sarawak terima dos pertama

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak 92,292 individu di Sarawak telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Jumlah yang menerima dua dos suntikan Covid-19  di negeri ini ialah 57,812 orang meletakkan Sarawak di tangga kedua dari segi jumlah berkenaan.

Tertinggi   ialah Selangor dengan 74,962 diikuti Sabah  nombor tiga (52,557), Perak (51,918) dan Kuala Lumpur (51,615).

Katanya, empat lagi negeri yang menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 120,749 dos, Kuala Lumpur (90,611), Johor (78,716) dan Sabah (74,740).

Sebanyak 555,288 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dalam akaun Twitternya semalam beliau berkata setakat semalam juga, sejumlah 898,094 individu telah menerima suntikan dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini berjumlah 1,453,382 dos.

Secara Rawak

Artikel Terbaru