Tuesday, May 11, 2021

76 kluster masih aktif di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan Kluster Sungai Mupong, Meradong dan Kluster Tanjung Genting, Meradong tamat hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, ini setelah tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari dari tarikh kes terakhir dikesan melibatkan kluster ini.

Bagaimanapun, katanya sebanyak 76 kluster masih aktif dengan 14 kluster yang mempunyai penambahan sebanyak 63 kes.

“Manakala sebanyak 62 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBNS mendedahkan hari ini, sebanyak 24 daerah kekal berstatus merah, empat daerah kekal berstatus jingga, 12 daerah kekal berstatus kuning dan tiada daerah berstatus hijau.

Secara Rawak

Artikel Terbaru