Saturday, May 8, 2021

Percubaan seludup dadah ke pusat kuarantin digagalkan

Mesti baca

KUCHING: Taktik menyeludup dadah ke pusat kuarantin sebuah hotel di Jalan Padungan gagal selepas bungkusan tersebut dikesan polis, malam semalam.

Kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu bermula dengan kehadiran seorang lelaki menghantar bungkusan makanan kepada penghuni di pusat kuarantin sebelum meninggalkan bungkusan itu di tempat kejadian.

Aksi mencurigakan lelaki berkenaan menyebabkan anggota RELA yang sedang bertugas di perkarangan hotel bertindak memeriksa bungkusan tersebut.

Hasil pemeriksaan pihak penguat kuasa menemui dua peket plastik lut sinar masing-masing berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani mengesahkan kejadian tersebut.

Ujarnya kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Secara Rawak

Artikel Terbaru