Tuesday, May 11, 2021

Pemain Sarawak sambut raya di perantauan

Mesti baca

PENGALAMAN baharu buat penyerang muda Sarawak United FC (SU FC), Nor Azizi Ramlee, 24 dalam menyambut ketibaan lebaran tahun ini.

Pemain kelahiran Kampung Segedup, Batu Kawa itu mungkin terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di ibu negara.

Keputusan untuk menyambut lebaran diperantauan tidak dapat dielakkan ekoran masalah pandemik Covid-19.

Selain proses kuarantin wajib 14 hari untuk setiap kehadiran individu ke Sarawak.

“Kami sekeluarga mungkin akan menyambut hari raya di ibu negara.

“Lagipun, jika balik ke Kuching terpaksa melalui proses kuarantin wajib 14 hari,” ujar Azizi kepada Arena Suara Sarawak semalam.

Menurut Azizi, beliau tidak begitu sedih sangat kerana isteri dan anak sulongnya turut bersama-sama dengannya ketika ini.

Cuma apa yang menimbul kesedihan kepadanya dan isteri tidak dapat bersama-sama ahli keluarga yang lain.

“Situasi yang bakal dilalui nanti suatu pengalaman baharu sekali gus mampu mematangkan diri saya,” tambah Azizi lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru