Tuesday, May 11, 2021

Guna sarang burung, tidak mampu beli pelitup muka

Mesti baca

TELANGANA: Bagi mengelak didenda, lelaki miskin menghasilkan pelitup muka menggunakan sarang burung.

Dia kemudiannya dengan selamba berkunjung ke pejabat kerajaan dengan memakai sarang burung tersebut untuk mengambil wang pencennya.

Menurut Ary.news, Mekala Kurmayya, yang tinggal di Chinnamunugal Chad di Telangana, perlu ke pejabat kerajaan mengambil pencennya, namun dia tidak mampu membeli pelitup muka.

Mekala sedia maklum dia tidak dibenarkan masuk pejabat itu jika tidak menggunakan pelitup muka.

Ekoran itu lelaki yang bekerja sebagai pengembala kambing itu mencari alternatif lain sebagai ganti pelitup muka tersebut.

Gelombang kedua pandemik Covid-19 di India ketika ini amat teruk menyebabkan kerajaan negara itu mengeluarkan perintah mewajibkan penggunaan pelitup di khalayak ramai.

Sesiapa yang tidak mematuhi arahan ini di denda Rs 1,000 (RM55).

Secara Rawak

Artikel Terbaru