Tuesday, May 11, 2021

Dua lagi kes kematian, satu di Mukah, satu di Sibu

Mesti baca

KUCHING: Sarawak merekodkan   dua lagi kes kematian melibatkan jangkitan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini meningkat kepada 182 orang.

Menurut JPBNS, kes kematian ke-181 melibatkan seorang wanita warga tempatan berumur 82 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri di rumah oleh ahli keluarga pada 25 April lalu dan dibawa ke Hospital Mukah.

“Kes disahkan meninggal dunia pada 25 April 2021. Sebelum ini, kes didapati mengalami gejala batuk dan hilang selera makan tiga hari dan mulai mengalami sesak nafas,” kata JPBNS dalam satu kenyataan, hari ini.

“Siasatan lanjut oleh Jabatan Forensik mengesahkan kematian kes akibat penyakit Covid-19 dan ujian RT-PCR COVID-19 juga adalah positif pada 29 April 2021,” katanya.

“Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan kencing manis. Kes ini melibatkan Kluster Sungai Nirai, Selangau,” katanya lagi.

Manakala kes kematian ke-182  kata JPBNS, melibatkan seorang wanita warga tempatan berumur 88 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami sesak nafas.

Kes ujarnya, mengalami gejala muntah dan kelesuan badan beberapa hari yang lepas.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 1 Mei 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru