Tuesday, May 11, 2021

Covid-19 terus meledak: 152.79  juta dijangkiti, 3.20  juta terkorban

Mesti baca

Angka jangkitan dan kematian terus naik. Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 152,792,412.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  lebih 3.20  juta manakala lebih 130  juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Ahad menunjukkan  Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 33.14  juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 590,704  sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti  India dengan lebih 19.54  juta kes  dan lebih 215,000 kematian.

Brazil pula  lebih 14.72 juta kes dengan  lebih 406,000  kematian.

Perancis di tangga keempat sudah merekodkan angka 5.64 juta dari segi jangkitan dengan 104,704 kematian.

Empat negara telah merekodkan lebih empat juta kes jangkitan, iaitu Turki, Rusia, UK dan Itali.

Secara Rawak

Artikel Terbaru