Saturday, May 8, 2021

Bank Rakyat agih 2,000 pek bubur lambuk

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak 2,000 pek bubur lambuk diagihkan oleh Bank Rakyat dengan kerjasama Era Sarawak kepada orang ramai secara pandu lalu, pada semalam.

Ketua Bank Rakyat Wilayah Sarawak, Abdul Azis Rosli berkata, program tahunan tersebut telah berjalan dengan lancar meskipun pandemik Covid-19 masih melanda.

“Petang ini kita telah mengedarkan bubur lambuk di Masjid Bahagian, setelah turut mengedarkannya di Peryatim sebentar tadi.

“Program dengan kerjasama Era Sarawak ini, memang konsisten diadakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian, pada program pengagihan bubur lambuk di Masjid Bahagian Kuching, di sini semalam.

Menurutnya, bubur lambuk ini merupakan sumbangan Bank Rakyat kepada komuniti yang telah memberi sokongan terhadap perkhidmatan mereka.

Sementara itu, Produser program sarapan pagi Era Sarawak Malissa Sahari berkata, dia gembira melihat program bubur lambuk tersebut, kerana mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada masyarakat.

“Insya-Allah kita akan adakan kolobrasi yang lebih baik lagi dengan Bank Rakyat selain dari program bulan Ramadan pada masa akan datang.

“Semoga program kerja amal dan program untuk komuniti diharapkan beterusan di masa-masa akan datang dan menjadi contoh kepada agensi-agensi lain diluar sana,” katanya lagi.

Menurut Malissa, pihaknya juga bakal mengadakan beberapa aktiviti amal yang lain bersama Centexs Komersial pada minggu hadapan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru