Tuesday, May 11, 2021

Anwar: Pendedahan IGP  merobek keyakinan rakyat

Mesti baca

KUCHING: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan bukan saja perlu menyiasat dakwaan Ketua Polis Negara  Tan Sri Abdul Hamid Bador, malah mesti memberikan penjelasan berhubung isu itu.

“Pendedahan tersebut amat mendukcitakan serta telah mencemarkan nama baik PDRM,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebagai sebuah badan utama negara dalam mengangkat kedaulatan undang-undang, PDRM sepatutnya bebas daripada sebarang campur tangan politik.

Campur tangan yang berlaku ini  secara tidak langsung  membuktikan kerajaan pemerintah yang tiada keabsahan ini menggunakan pelbagai cara dan helah untuk berpaut pada kuasa,” katanya lagi.

“Saya menggesa siasatan menyeluruh dan lengkap dilakukan bagi menyiasat pendedahan ini, dan pemerintah mesti menjawab segala dakwaan sesegera mungkin,” katanya lagi.

“(Pendedahan) itu juga merobek keyakinan rakyat sehingga boleh menimbulkan kesangsian terhadap kredibiliti PDRM pada saat ini,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru