Tuesday, May 11, 2021

145 suspek diheret ke mahkamah di Sarawak, terbabit jenayah komersial

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak 145 suspek telah dituduh di mahkamah pada tempoh 1 Jan hingga 31 Mac tahun ini kerana terlibat dalam jenayah komersial di negeri ini, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidil Ismail.

Menurut beliau, daripada pertuduhan yang dijalankan, sebanyak 114 suspek yang terlibat dalam kes penipuan telah dituduh di mahkamah, dengan satu suspek di bawah Seksyen  471 Kanun Keseksaan, iaitu menipu dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Lima belas suspek dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, iaitu menipu dan dengan cara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, dan dengan sebatan, dan juga boleh dikenakan denda,” katanya.

Menurut beliau lagi, 98 suspek dituduh di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan, iaitu mengalih atau menyembunyikan harta secara tidak jujur atau dengan tipuan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali8.

“Pada tempoh 1 Jan 2021 sehingga 31 Mac 2021, sebanyak 173 tangkapan telah dibuat ke atas suspek yang terlibat dalam kes jenayah komersial di Sarawak. Daripada tangkapan tersebut, sebanyak 142 adalah terlibat dalam kes penipuan,” tambahnya lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru