Tuesday, May 11, 2021

[Video] Pemandu ambulans tidak sedar mayat terjatuh di jalanan

Mesti baca

VIDISHA: Dalam insiden yang mengejutkan video mayat mangsa Covid-19 yang terjatuh dari ambulans tular di media sosial.

Insiden ini berlaku di Madhya Pradesh, India .

Dalam video tersebut , satu mayat dilihat terjatuh dari ambulans yang sudah begitu uzur keadaannya ketika kenderaan itu membelok keluar dari pekarangan hospital di Vidisha, Madhya Pradesh.

Ketika kejadian, ambulans itu membawa puluhan mayat mangsa Covid-19 dari Kolej Perubatan Kerajaan Atal Bihari Vajpayee ke pusat pembakaran.

Pemandu ambulans dikatakan tidak perasaan akan insiden tersebut dan dia hanya menghentikan kenderaannya selepas dimaklumkan orang ramai yang melihat kejadian tersebut.

Insiden itu dirakam oleh individu dan kemudiannya di maut naik ke platform media sosial sekali gus mencetuskan protes dan kecaman dari anggota keluarga pesakit, menurut laporan ETV.

Secara Rawak

Artikel Terbaru