Tuesday, May 11, 2021

Peniaga digalak guna aplikasi ‘GrabMart’ promosi, jual produk jualan

Mesti baca

KOTA SENTOSA: Para peniaga di Pasar Tani Sementara Kota Sentosa digesa menggunakan perkhidmatan aplikasi ‘GrabMart’ dalam mempromosi serta menjual produk-produk jualan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang melawat ke pasar tani tersebut bagi memperkenalkan perkhidmatan aplikasi ‘GrabMart’ kepada para peniaga sayur-sayuran dan buah-buahan di situ.

Beliau memberitahu, aplikasi GrabMart itu bertujuan untuk membantu para penjaja mempromosi dan memperluaskan hasil jualan ke seluruh kawasan Kuching serta meningkatkan pendapatan mereka.

“Ini adalah salah satu cara untuk memudahkan para penjaja melakukan aktiviti jual beli secara online semasa menghadapi pandemik COVID-19 pada ketika ini.

“Proses permohonan untuk menyertai ‘GrabMart’ ini adalah percuma dan para penjaja hanya perlu memiliki aplikasi akaun perbankan termasuk Sarawak Pay, Maybank Pay dan Boost,” katanya.

Dalam pada itu, Lo menyeru para peniaga menggunakan aplikasi ‘GrabMart’ yang mempunyai pasukan sokongan dan akan membantu serta memberi tunjuk ajar menguruskan perniagaan mereka.

Pasar Tani Sementara Kota Sentosa mula beroperasi pada Jumaat setelah diarah tutup oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada dua minggu lepas. 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru