Saturday, May 8, 2021

Pengesanan kes secara aktif selama 5 hari di Sibu

Mesti baca

SIBU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) memperhebatkan usaha untuk memutus penularan wabak COVID-19 di Sibu dengan mengadakan Aktiviti Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) di beberapa zon di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sibu.

Saringan calitan ACD itu bermula dari 29 April sehingga 3 Mei di lokasi yang terpilih.
Antara zon yang terlibat ialah Zon Tong Sang, Bahagia Jaya, Permai, Jeriah, Rejang Park, Ulu Sungai Merah dan Taman Indah.

Hari kedua ACD pada Jumaat menyaksikan lebih dari 294 orang penduduk dari Zon Bahagia Jaya Teku meliputi Jalan Teku, Jalan Trusan, Jalan Rantau Panjang dan Jalan Hock Huo datang melakukan saringan.

Aktiviti berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru