Tuesday, May 11, 2021

Jari wanita berubah putih

Mesti baca

WASHINGTON: Julie O’Mahony, 23, berkongsi kisah di Twitter perihal ibunya Monica, menderita Sindrom Raynaud membabitkan masalah saluran darah.

Sindrom tersebut tercetus akibat kekejangan arteri kecil yang menyebabkan berlaku kekurangan aliran darah ke hujung arteri.

Sindrom ini bagaimanapun amat jarang ditemui.

Julie memuat naik foto jari-jemari ibunya yang berubah menjadi keputihan dan menurutnya ia berlaku apabila ibunya kesejukan atau berasa tertekan akibat sesuatu perkara.

Monica mengalami sindrom ini selama 20 tahun dan ia biasanya muncul pada musim sejuk khususnya pada Januari, lapor Times Now News.

Apabila darah kembali mengalir Monica berasa sakit di bahagian jari-jemarinya, kata Julie

Secara Rawak

Artikel Terbaru