Tuesday, May 11, 2021

Bom mortar di rumah baru

Mesti baca

JIANGSU: Seorang wanita yang tinggal di Suzhou, wilayah Jiangsu menerima kejutan selepas menemui “hadiah” yang disediakan khas untuknya di dalam almari biliknya.

Hadiah itu ialah sebiji bom mortar yang boleh meletup pada bila-bila masa dan meranapkan seluruh pangsapurinya.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Hu, menemui beg plastik di dalam almari bilik barunya dan apabila diperiksa dia menemui objek tersebut yang berukuran 30 sentimeter panjang, dan mempunyai tali di hujungnya.

Hu terus menghubungi pihak polis. Polis yang tiba di kediamannya mengenal pasti objek tersebut sebiji bom mortar.

Menurut Global Times, mereka kemudian meminta penghuni lain keluar dari bangunan itu dengan segera untuk tujuan keselamatan.

Pasukan pakar bom dikejarkan ke lokasi, membawa keluar bom terbabit.

Seorang polis memberitahu berdasarkan rupa bom tersebut, pemilik pangsapuri yang sebelumnya mungkin menemuinya di tepi sungai dan menyimpannya sebagai cenderahati tanpa mengetahui objek itu sebutir bom.

Secara Rawak

Artikel Terbaru