Tuesday, May 11, 2021

46 kes penipuan Macau Scam dalam tiga bulan di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak 46 kes penipuan Macau Scam melibatkan kerugian RM1.9 juta dilaporkan dari 12 Jan hingga 31 Mac tahun ini berbanding 49 kes bagi tempoh sama tahun lalu, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Namun, katanya, walaupun kes penipuan Macau Scam menunjukkan penurunan, “kita tidak harus memandang rendah penipuan jenis ini kerana cubaan sindiket untuk menipu mangsa dilaporkan hampir  setiap hari.”

Beliau berkata, biasanya mangsa dihubungi oleh panggilan misteri yang mendakwa daripada pihak berkuasa seperti polis, LHDN, SPRM atau institusi kewangan.

Jelas beliau, mangsa lazimnya dikatakan mempunyai tunggakan kad kredit atau pinjaman, nama digunakan mendaftar syarikat dan mempunyai cukai tertunggak, terlibat kes jenayah atau dadah, terlibat kes pengubahan wang haram, mempunyai kes mahkamah atau waran tangkap.

“Kemudian mangsa diarahkan oleh ahli sindiket untuk membuat bayaran untuk menyelesaikan kes, atau untuk mengelakkan akaun dibekukan dan sebagainya.

“Kebanyakan mangsa hanya menyedari ditipu oleh sindiket setelah mereka memaklumkan kejadian yang berlaku kepada ahli keluarga atau rakan-rakan mereka,” jelasnya lagi.

Kata Aidi, kes penipuan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan, iaitu menipu dan dengan cara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan.

Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih sepuluh tahun, dan dengan sebatan, dan juga boleh dikenakan denda.

Secara Rawak

Artikel Terbaru