Tuesday, May 11, 2021

42,094  penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat terima duit  Raya di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Seramai 42,094 penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bakal menerima sumbangan berjumlah RM100 sempena perayaan Hari Gawai dan Hari Raya yang akan datang.

Menteri Kesejahteraan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK), Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, sumbangan tersebut akan dikreditkan ke akaun penerima melalui Program Sejambak Kasih Raya Gawai 2021.

“Ia bertujuan meringankan beban kewangan penerima selain dapat menceriakan mereka menjelang sambutan perayaan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Gema Ramadan 2031 Jabatan Kebajikan Masyarakat  (JKM) yang diadakan di Wisma Kebajikan di sini, semalam.

Menurut Fatimah, seramai 15,471 penerima akan menerima sumbangan tersebut sempena perayaan Hari Raya dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1,547,100.

Sementara itu katanya, baki seramai 26,623 penerima pula akan menerima sumbangan sempena Hari Gawai dengan perbelanjaan sebanyak RM2,662,300.

“Manakala, sebanyak RM20,102,900 perbelanjaan sudah disalurkan oleh JKM

kepada 50,618 penerima bantuan bulanan di seluruh Sarawak bagi tempoh Januari hingga April 2021,” tambah beliau lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru