Tuesday, May 11, 2021

152 juta dijangkiti, 3.19 juta terkorban

Mesti baca

Anda tak takut? Ingat, virus maut ini sentiasa mencari mangsa.

Angka jangkitan dan kematian terus naik. Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 152,002,365.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  lebih 3.19 juta manakala lebih 129.27  juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Sabtu menunjukkan  Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 33  juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah lebih 590,000  sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti  India dengan lebih 19  juta kes  dan lebih 211,000 kematian.

Brazil pula  lebih 14.66 juta kes dengan  lebih 404,000  kematian.

Perancis di tangga keempat sudah merekodkan angka 5.61 juta dari segi jangkitan dengan 104,514 kematian.

Empat negara telah merekodkan lebih empat juta kes jangkitan, iaitu Turki, Rusia, UK dan Itali.

Secara Rawak

Artikel Terbaru