Tuesday, May 11, 2021

134 kes di Sarawak: Penipuan pembelian dalam talian

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak 134 kes penipuan pembelian dalam talian membabitkan kerugian RM563,000  dilaporkan  di Sarawak bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac tahun ini berbanding 55 kes melibatkan kerugian RM602,000 bagi tempoh sama tahun lalu.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, berlaku peningkatan 143.64 peratus atau 79 kes.

“Peningkatan kes penipuan pembelian dalam talian at au e-dagang adalah disebabkan mangsa terpengaruh dengan harga secara dalam talian lebih murah, selain dijanjikan penghantaran yang depat,” katanya.

Beliau menjelaskan PKP dan PKPB semasa pandemik Covid-19 juga menjadi salah satu punca orang ramai membuat pembelian dalam talian.

“Bagi kes penipuan pembelian dalam talian atau e-dagangv ini, mangsa melaporkan telah ditipu peniaga atas talian melalui laman web, media sosial dan aplikasi telefon pintar,” jelasnya.

Sementara itu, jelas beliau, sebanyak 115 kes pinjaman tidak wujud melibatkan kerugian RM1.4 juta dilaporkan dari 1 Jan hingga 31 Mac tahun ini berbanding 74 kes melibatkan kerugian RM439,000 untuk tempoh sama tahun lalu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru