Tuesday, May 11, 2021

Ubah landskap luar bandar

Mesti baca

KABONG: Adun Kabong, Mohd Chee Kadir memuji komitmen agensi pelaksana dan pihak kontraktor apabila ada projek pembangunan yang dapat disiapkan lebih awal berbanding jadual.

Menurutnya, projek-projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) berjaya mengubah landskap luar bandar terutama dalam menyelesaikan isu yang dihadapi penduduk.

“Misalnya projek membina jambatan konkrit di Rumah Panjang Ayum, Plassu, yang siap dua bulan lebih awal daripada jadual asal. “Biarpun beberapa projek RTP 2020 baharu dilaksanakan tahun ini, namun komitmen semua pihak khususnya agensi pelaksana dan kontraktor harus dipuji.

“Mereka bersungguhsungguh menyiapkan projek demi kelangsungan pembangunan di Dun Kabong,” katanya di sini baru-baru ini.

Jelasnya, jambatan konkrit yang bernilai RM250,000 dan sepanjang 24 meter yang mula dibina pada 8 Januari lalu merupakan kemudahan besar kepada 170 penghuni yang mendiami 28 pintu Rumah Panjang Ayum.

“Tahniah kepada penduduk di situ dan saya yakin ia akan memberi manfaat besar, sekali gus memudahkan urusan harian mereka.

“Saya juga berterima kasih kepada Kerajaan GPS pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang tidak berhenti berusaha membangunkan kawasan luar bandar.

“Dan pastinya, mandat besar harus diberikan kepada GPS pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) akan datang,” ujarnya. Untuk rekod, projek jambatan tersebut diimplementasikan oleh pihak JKR Sarawak dan kontraktor bertanggungjawab ialah Blesses Pinnacles.

Secara Rawak

Artikel Terbaru