Tuesday, May 11, 2021

Sumbangan untuk mangsa kebakaran rumah

Mesti baca

MIRI: PAS Miri telah menyampaikan wang tunai kepada mangsa kebakaran rumah di Pujut Tanjung Batu dan PAS juga mengucapkan takziah atas kehilangan rumah mereka kepada keluarga yang berkenaan.

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, diharapkan keluarga mangsa dapat bersabar dan tabah menghadapi ujian. Kami (PAS Miri) telah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak mangsa di rumah keluarga mereka berdekatan.

PAS juga berharap lebih banyak orang dapat membantu dan memberi sumbangan kepada keluarga mangsa agar mereka dapat membina semula rumah mereka yang terbakar dengan segera.

Mudah-mudahan, di bulan Ramadhan ini, semua amal kita diterima oleh Allah dan dipermudahkan segalanya. Marilah kita membantu meringankan beban keluarga yang berkenaan. Mungkin pemerintah juga dapat membantu mempercepat pembinaan semula kediaman mereka. Kerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak yang berkaitan untuk menangani masalah ini dengan segera amatlah dihargai.

Jofri Jaraiee

Secara Rawak

Artikel Terbaru