Tuesday, May 11, 2021

Perkosa puluhan lelaki:  Lelaki Indonesia jalani hukuman penjara seumur hidup

Mesti baca

Polis yang menyiasat kes pemerkosa berantai paling teruk dalam sejarah undang-undang di Britain mengatakan mereka berhasil mengenal pasti  23  lagi  mangsa Reynhard Sinaga, seorang warga Indonesia, kata BBC Indonesia.

Lelaki itu dinyatakan bersalah memperkosa puluhan lelaki di apartmennya di Manchester dan memfilemkan aksinya itu.

“Reynhard saat ini tengah menjalani hukuman penjara seumur hidup, minimum harus dijalani 40 tahun, setelah dihukum atas 159 dakwaan serangan seksual,” kata BBC lagi.

Polis berkata,  pencarian 60 lelaki yang diduga juga menjadi korban terus berlanjut.

Reynhard, yang tengah mengikuti PhD mencari sasaran korban di kelab malam dan bar-bar sebelum mengajak mangsa ke apartmennya di Princess Street, tidak jauh dari pusat kota Manchester.

“Ia membius korbannya sebelum memperkosa mereka dalam keadaan tidak sedar. Sebahagian besar daripada mereka difilemkan. Reynhard juga mengumpulkan barang-barang milik korban seperti telefon seluler dan jam tangan,” kata laporan itu lagi.

Para korban yang terbangun tidak sedar atas apa-apa yang terjadi kepada mereka.

Secara Rawak

Artikel Terbaru