Tuesday, May 11, 2021

Lima kematian di Sarawak, berusia antara  32 tahun hingga 84 tahun

Mesti baca

KUCHING: Hari ini terdapat lima kes kematian baharu melibatkan jangkitan Covid-19 di Sarawak.

“Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 telah meningkat kepada seramai 178 orang,” kata JPBNS dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kes kematian ke-174 adalah kes ke-29,750 melibatkan seorang lelaki warga tempatan  berumur 61 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Sibu kerana ditemui tidak bernyawa di rumah oleh ahli keluarga.

“Kes didapati mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak seminggu sebelum itu,”  katanya.

Jelasnya lagi, kes kematian Ke-175. Kes kematian ke-175 adalah kes ke-29,756 melibatkan seorang perempuan warga tempatan berumur 84 tahun yang telah mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sibu kerana didapati kurang responsif oleh keluarga.

“Kes didapati bergejala demam, batuk dan kurang selera makan dua hari sebelum itu,” ujarnya.

Katanya, kes kematian Ke-176 adalah kes ke-17,925 melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 69 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Miri hasil saringan individu bergejala yang dikesan positif melalui ujian rt-PCR Covid-19 pada 5 Aprillalu.

“Kes didapati mengalami gejala demam dan batuk tiga hari sebelum itu. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 29 April 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis, gout dan penyakit buah pinggang kronik,” jelasnya.

Ujarnya, kes kematian ke-177 adalah kes ke-19,832 melibatkan seorang perempuan warga tempatan  berumur 69 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sarikei hasil saringan individu bergejala yang dikesan positif Covid-19 melalui ujian RTK Antigen dan rt-PCR pada 10 April 2021,” katanya.

”Kes didapati mengalami gejala demam dan batuk beberapa hari sebelum itu,” katanya.

Katanya, kes kematian ke-178 ialah kes ke-29,250 melibatkan seorang perempuan warga tempatan  berumur 32 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Sarikei kerana mengalami gejala demam, batuk dan kurang deria bau.

“Saringan ujian rtPCR telah dibuat dan dikesan positif Covid-19 pada 28 April 2021. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 30 April 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia dan obesiti,” katanya lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru